Wednesday, July 15, 2009

Kursus Asas Pengadil Paintball, 25-26 Julai & 31 Ogos 2009, Kuching Sarawak

Wednesday, July 15, 2009

Persatuan Paintball Sarawak dan Malaysian Marshals Sarawak akan mengadakan sessi kursus pengenalan asas kepada marsyal paintball bermula pada 25 - 26 Julai 2009 dan 31 Ogos 2009. Ianya diadakan di BPP Stadium Paintball berhampiran dengan Stadium Perpaduan Negeri Sarawak.

Kursus ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Malaysian Marshals iaitu salah sebuah organisasi pengadilan sukan paintball di Malaysia. Akan turut serta hadir dan memberi ceramah didalam kursus ini adalah En Junaidi Kalil yang merupakan pengasas kepada Malaysian Marshal dan juga Pengurus bagi Pengadil Paintball Asia ( Asian Refree Manager)

Yuran pendaftaran adalah RM50 dan sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta kursus ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Mohd Nizam Takip 0128750405 atau Kamalia 0168561887.

Selain daripada itu satu kejohanan Paintball anjuran BPP Stadium Paintball akan diadakan iaitu Kuching Cup Paintball Tournament yang akan diadakan pada 1-2 ogos bertempat di BPP Stadium Paintball berhampiran dengan stadium perpaduan negeri Sarawak. Semua dijemput hadir untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sukan paintball.

No comments:

Post a Comment